Monday, 18 February 2013

hanya Tuhan yang tahu -UNIC-

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

demi cinta suci -UNIC-

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

kasih kekasih-IN-TEAM

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia 



Saturday, 16 February 2013

dari sebuah pertemuan kepada insan bernama kekasih???tidak mustahil kan klau ia bnar2 terjadi???nak bercinta x salah kalau ia berdasarkan pada al-Quran dan sunnah...insya ALLAH,,cinta yang hakiki dan murni milik kita...saya suka sangat dengan kumpulan nasyid UNIC nim..sebab kumpulan nasyid ni dan segala lagu dendangnnya menarik pada pandangan saya..lagi pu ia banyak mengisahkan tentang remaja... :)

ubah cara pemikiran!

"UBAH CARA PEMIKIRAN DAN KITA AKAN UBAH DUNIA"~NORMAN VINCENT PEALE~
Saya hampir tidak percaya dahulu ketika pertama kali saya mendengar kata2 hikmah itu."Ubah cara pemikiran dan kamu akan mengubah dunia kamu"...Ayat yang cukup mudah,,tetapi wah!Kata-kata itu memang cukup berkuasa.Ia menjadi semacam mentera seluruh kehidupan saya.Ubah cara pemikiran kamu dan kamu akan mengubah dunia kamu.Apabila menghadapi masa2 sukar,kejadian dan keputusan hidup yang menduka citakan,ataupun apabila gagal mencapai matlamat yang saya cuba capa,saya akan mengulang semula kata2 mutiara ini di dalam kepala,dan mengambil tindakan fizikal bagi mengubah nasib diri saya sendiri ke arah yang lebih positif...



Thursday, 14 February 2013

sebuah pertemuan..UNIC

 
sebuah pertemuan...nasyid ini telah mengingatkan saya kepda seorang rakan saya...dengan pertemuan inilah yang telah menyebabkan banyak perubahan yang berlaku dalam kehidupan saya...kehidupan yang lebih baik,lebih sempurna dah lebih mendekati Allah SWT...ALHAMDULILLAH,Allah telah mengirimkan orang2 yang soleh dah solehah disamping saya...semoga saya dan kawan2 semua mendapat hidayah dan syafaat kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti..Insya Allah :)

12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

.


5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
.
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
 

KEUTAMAAN WANITA SOLEHAH

Keutamaan Wanita Solehah
Dinyatakan di sini beberapa nas daripada hadis berkenaan dengan kelebihan dan faedah bagi individu yang berkahwin dan mendapat isteri mahupun suami yang bersifat soleh dan solehah, antaranya:
Daripada Abdullah bin Amr r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dunia merupakan keseronokan yang bersifat sementara dan keseronokan yang paling baik di dunia ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang jika dikurniakan kepada seorang bererti, ia telah dikurniakan kebajikan di dunia dan akhirat: Hati yang bersyukur, lidah yang berzikir, badan yang sabar menerima cubaan dan isteri yang tidak ingin berbuat derhaka terhadap dirinya sendiri dan terhadap harta suaminya.” (Riwayat at-Tabrani)
Daripada Abu Amamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah s.w.t lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” (Riwayat Ibn Majah)
Daripada Abu Hatim al-Muzani r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu didatangi oleh seseorang yang kamu berkenan dengan agama dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia. Jika tidak, akan berlaku fitnah dan kerosakan di muka bumi ini.” (Riwayat Tirmidzi)